Kamis, 16 April 2009

cinta kepada allah swt

Sahabat. Siapa yang pernah merasakan kemesraan dalam persahabatan, maka dia pastinya tidak akan melupakan kemesraan itu selamanya. Tambahan, jika persahabatan itu asasnya adalah keimanan kepada ALLAH, dan matlamatnya adalah untuk mencari keredhaanNya.

Baru-baru ini, semasa bermain bola tampar di Gelanggang Bola Tampar Yarmouk, tangan saya menyapa tangan seorang sahabat. Biarlah nama dia saya rahsiakan. Beberapa kali tangan kami bersapa. Setiap kali mendapat mata, atau setiap kali salah seorang antara kami melakukan yang terbaik, maka tangan kami akan bersentuhan.

Tangannya hangat.

Ketika saya pulang ke rumah, saya tersenyum sendirian. Dahulu, saya mempunyai seorang sahabat juga, dan di medan bola tampar jugalah, dia memegang tangan saya seerat mungkin. Ketika itu, dia melakukan kesilapan, dan bila tangan kami bersentuhan, dia seakan-akan berbicara dalam senyap, “ Hilal, berilah ana semangat”


Tidak ada komentar:

Posting Komentar